Sunday, 24 November 2013

HERO, my true HERO

Assalamualikum....

Pagi-pagi buka FB dapat berita sedih... Abam Iyo dah meninggalkan kita semua... sangat-sangat sedih.... https://www.youtube.com/ (Sila klik). Mungkin ramai yang tahu pasal Kakimotong... Aktivis yang menyelamatkan kucing2 DBKL daripada dilupuskan... Mama tabik dengan PH sekeluarga yang tak kisah penat lelah untuk selamatkan kucing2 tu... Mama terlalu sedih dengan pemergian HERO (Abam iyo)... Mama tak pernah jumpa Iyo atau PH... cuma mama ikuti blog kakimotong je... http://kakimotong.blogspot.com/2010/06/kisah-sebenar-antara-aku-dan-hero.html

Tapi yang mama perasan... sejak mama ikuti blog kakimotong.blogspot.com ni, mama jadi sayang kat haiwan ni lebih sikit... sebelum ni mama selalu marah2 kat anjing tak tentu sebab... mungkin sebab anjing kena samak kot... So, jadi takut.... tapi lepas baca blog ni... mama sedar, anjing pun makhluk Allah jugak... so, mama dah tak benci kat anjing.... tapi tak lah bermaksud mama nak bela anjing pulak... hanya org tertentu je yang boleh bela anjing ni... mama rasa, mama tak berkelayakan... hehehehe... TAPI.... sebelum ni mama agak geli dengan kucing... sekarang ni mama dah bela kucing... CONET dan TIMMY namanye....


Conet nyenyak tido...


Timmy dengan Amirah - itu mmg port kesukaan dia...



Berbalik kepada kenapa mama kata HERO, my true HERO.... kalau tak kerana kisah2 Hero ni mama sampai sekarang akan ada rasa kurang senang dengan beberapa jenis haiwan... kecuali kucing.... Dari blog kakimotong ni, mama sedar haiwan pun nak dihormati dan disayangi... Haiwan juga mempunyai naluri dan perasaan.....

Setinggi2 terima kasih kepada FB Kakimotong Fan Club dan blog kakimotong kerana banyak menyedarkan mama.... dan rasanya ramai lagi yang kat luar sana telah terpanggil untuk lebih menghargai dan menyayangi haiwan-haiwan... Walaupun ada yang mengutuk dan mengeji... mama harap kakimotong (PH, MH dan keluarga) tak akan berputus asa untuk berjuang... Insyaallah mama akan sentiasa menyokong... mungkin tidak dengan wang ringgit sebab mama pun cukup2 makan buat masa ni... Kalau ada rezeki lebih... Insyaallah.....

Wasallam....

1 comment:

  1. Terima kasih kerana mengabadikan kisah Hero di blog ini...Semoga kita sama2 dapat bawa semangat perjuangan hidup Abam Iyo sampai bila2 demi kebajikan haiwan2 yang terbiar... -PH-

    ReplyDelete