Acik Ayu
Tuesday, 25 March 2014
MH370
Assalamualaikum..
Tersangatlah lama mama tak menulis di laman Ni.... Sekarang satu dunia berbicara tentang mh370.... Memang sedih dengan apa yang dah terjadi...
Baru sat tadi tengok tanyalah ustaz di TV9.. Membincangkan tentang mh370... Sangat berguna ilmu yang dikongsi... Selama ini mungkin ramai Yang tak ketahui....
Menurut Ustaz Hassan Din... Situasi sekarang adalah kehilangan orang sebab tiada bukti kematian... Maka itu solat jenazah ghaib tidak perlu.... Allah Maha Besar... Tidak mustahil mereka masih hidup...
Maka ITU yang penting sekarang adalah mendoakan penumpang Dan Krew mh370....
Kita berdoa Dan terus berdoa... Jangan lupa Solat hajat untuk MH370...
Mama pun akan terus berdoa agar keajaiban berlaku... Walau apapun mama tetap redha dengan apa yg bakal berlaku....
Sunday, 24 November 2013
HERO, my true HERO
Assalamualikum....
Pagi-pagi buka FB dapat berita sedih... Abam Iyo dah meninggalkan kita semua... sangat-sangat sedih.... https://www.youtube.com/ (Sila klik). Mungkin ramai yang tahu pasal Kakimotong... Aktivis yang menyelamatkan kucing2 DBKL daripada dilupuskan... Mama tabik dengan PH sekeluarga yang tak kisah penat lelah untuk selamatkan kucing2 tu... Mama terlalu sedih dengan pemergian HERO (Abam iyo)... Mama tak pernah jumpa Iyo atau PH... cuma mama ikuti blog kakimotong je... http://kakimotong.blogspot.com/2010/06/kisah-sebenar-antara-aku-dan-hero.html
Tapi yang mama perasan... sejak mama ikuti blog kakimotong.blogspot.com ni, mama jadi sayang kat haiwan ni lebih sikit... sebelum ni mama selalu marah2 kat anjing tak tentu sebab... mungkin sebab anjing kena samak kot... So, jadi takut.... tapi lepas baca blog ni... mama sedar, anjing pun makhluk Allah jugak... so, mama dah tak benci kat anjing.... tapi tak lah bermaksud mama nak bela anjing pulak... hanya org tertentu je yang boleh bela anjing ni... mama rasa, mama tak berkelayakan... hehehehe... TAPI.... sebelum ni mama agak geli dengan kucing... sekarang ni mama dah bela kucing... CONET dan TIMMY namanye....
Berbalik kepada kenapa mama kata HERO, my true HERO.... kalau tak kerana kisah2 Hero ni mama sampai sekarang akan ada rasa kurang senang dengan beberapa jenis haiwan... kecuali kucing.... Dari blog kakimotong ni, mama sedar haiwan pun nak dihormati dan disayangi... Haiwan juga mempunyai naluri dan perasaan.....
Setinggi2 terima kasih kepada FB Kakimotong Fan Club dan blog kakimotong kerana banyak menyedarkan mama.... dan rasanya ramai lagi yang kat luar sana telah terpanggil untuk lebih menghargai dan menyayangi haiwan-haiwan... Walaupun ada yang mengutuk dan mengeji... mama harap kakimotong (PH, MH dan keluarga) tak akan berputus asa untuk berjuang... Insyaallah mama akan sentiasa menyokong... mungkin tidak dengan wang ringgit sebab mama pun cukup2 makan buat masa ni... Kalau ada rezeki lebih... Insyaallah.....
Wasallam....

Conet nyenyak tido...
Timmy dengan Amirah - itu mmg port kesukaan dia...

Wednesday, 20 November 2013
Kelas Corot @ Kelas Belum Bijak
Assalamualikum...
Terima kasih banyak2 pada kawan2 yang sokong saya buat blog ni....
Kali ni mama masih nak cerita pasal anak2... bukan anak2 mama seorang tapi kepada semua ibu dan bapa yang ada terbaca blog ni lah....
Dua tiga hari ni agak kecoh pasal kelas corot... ( lepas keluar berita pasal budak kelas corot dapat 5A)... http://suarainsan.net/
Masing-masing ada pendapat... ada kata patut.. ada yang kata tak patut adanya kelas corot ni. Semuanya berdasarkan pengalaman masing... Pendapat saya pula... Jeng, jeng, jeng..... kedua dua pendapat tu ada betulnya...
Dengan ada kelas corot (mama guna kelas belum bijaklah) tak sedap pulak guna perkataan corot ni...
Ok.. dengan adanye kelas belum bijak ni... dapat membantu para guru memberi pendekatan yang berbeza dalam pembelajaran.. murid yang belum bijak ni agak lambat menangkap. So, cikgu dapat memberi ruang kepada anak2 ini menerima dan memahami matapelajaran yang diajar...
Mama juga sokong pada pendapat yang mengatakan dengan mengabungkan anak belum bijak dengan anak2 yang bijak ni dalam satu kelas... Memang betul ia akan memberi motivasi kepada anak2 yang belum bijak... Secara tidak langsung ia boleh menaikkan semangat mereka untuk lebih tekun belajar.
Walau apa pun semua ini ada PRO & KONTRA.. ianya bergantung kepada individu terbabit. Mama tak rasa cikgu-cikgu akan membandingkan murid2 yang bijak dengan murid yang belum bijak.... Ianya terserah kepada pihak sekolah hendak guna pendekatan yang mana yang difikirkan terbaik.....
Mama tak segan nak cakap yang anak2 mama tidak tergolong dalam kelas anak-anak bijak. Sikembar (2nd twin - Aisyah) tahun ini (darjah 3) dia masuk ke kelas yang hampir belum bijak. Kelas ke 6 dari 9 kelas yang ada. 1st twin - Aliah,pulak kelas ke 4. Dari situ mama perhatikan kelas Aliah lebih laju pembelajarannya dari kelas Aisyah. Di sini, pada pendapat mama... ada baiknya sebab ia memberi ruang kepada Aisyah untuk lebih memahami apa yang cikgu ajar. And surprise.... Aisyah naik ke kelas ke 4 untuk tahun depan (2014)... Dan Aisyah dapat no.3 dalam kelas dan dapat hadiah kecemerlangan 2013. Semasa hari penyampaian hadiah hari tu Aisyah cakap, "Mama, tahun depan angah nak dapatkan hadiah lagi... Angah nak belajar sungguh-sungguh.' Sebagai seorang ibu... Mama amat terharu dan bangga dengan azam Aisyah tu.... so... Mama akan terus bagi galakan kepada Aisyah dan anak2 mama yang lain.
-Wasalam-

Puteri-puteri mama
Penyampaian hadiah di Hari Anugerah Kecemerlangan SKTPP 2013
Aisyah - ke 3 dalam kelas
Aliah dapat juga hadiah di hari kecemerlangan di Sekolah Agama Alhamdulillah.... Untuk sekolah Agama pulak sikembar sama-sama naik kelas... Dari kelas ke 5 dari 7 kelas pada tahun 2013... Tahun depan naik kelas ke 3.... Alhamdulillah.... Adik pun naik kelas jugak.... Alhamdulillah....
Penyampaian hadiah Hari Anugerah Kecemerlangan SRATPP 2013
Aliah - matapelajaran Imlak/Khad
Sorry termasuk pulak hal anak2... Ini hanya contoh... Bila masuk kelas belum bijak ni tak semestinya anak kita tidak bijak.... cuma mereka belum bijak... kita sebagai ibu bapa kena bagi galakan dan dorongan pada anak2 ni....
Mama sendiri pun bukan pelajar bijak... Pernah... cikgu tak kenal pun mama ni.... pada hal hari-hari mengajar kat kelas mama kan.... bila dapat gred terbaik (untuk matapelajaran) berbanding pelajar2 harapan... baru nak cari mama... wal hal mama ada kat sebelah dia masa tu.... sedih tau.... tapi tak apa... itu bukan halangan... at least mama masuk jugak ke Menara Gading.... hahahaha....
Ini adalah pandangan mama berdasarkan pengalaman.... mama tak sokong mana-nama... Pokok pangkalnya terserah pada individu itu.... jika kita ada keazaman yang tinggi tak kiralah kita berada di kelas yang mana.... Insyaallah kita akan berjaya.... Sebagai ibu bapa @ penjaga kita perlu memberi dorongan dan kekuatan kepada anak2 kita.... tak salah kalau anak kita belum bijak... jangan dibandingkan anak2 kita dengan anak orang lain... Anak2 kita adalah Anugerah Terhebat yang Allah beri kat kita... maka ada rezekinya nanti.... cuma kita yang Pemegang Amanah ni kena menjaga Anugerah ini sebaiknya.... Wallahualam....
-Wasalam-
Sunday, 17 November 2013
Wahai Anak......
Assalamualaikum.....
First time buat blog ni.... tak pernah buat sebelum ni...
Alhamdulillah.... apa-apa pun semuanya kena bermula dengan langkah pertama.....
Dengan lafaz.... Bismillahhirrahmannirrahim.......
Post kali ni nak cerita sikit pasal anak2.... Mula-mula sekali mama nak ucap tahniah pada kembar mama yang dah menunjukkan peningkatan yang baik dalam pelajaran pada tahun ini.... hope both of you akan berusaha dan tekatkan azam untuk terus berjaya.... Dapat hadiah or tak dapat hadiah tu tak penting... kalau dapat Alhamdulillah... Syukur....
Untuk Adik... Anak mama yang comel dan gedik pulak... mama tetap bangga dengan adik... at least tak turun kelas.... tetap maintain... hehehehe... so adik kena lebihkan usaha... dengar cakap cikgu dan tak boleh malas pergi sekolah.....
Doa mama pada anak2 mama agar semua berjaya dalam kehidupan yang mendatang.... Jadi insan yang solehah... Insyaallah... akan berjaya....

Ini gambar dia org masa kecik-kecik...
Subscribe to:
Comments (Atom)